Khamis, 4 Ogos 2022

Aizat Amdan umum nikah, pilih pengurus sebagai isteri

PETALING JAYA – Selepas tiga tahun menyulam cinta, akhirnya pennyanyi Aizat Amdan bakal mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya Elyssa Alia Ilias, 34, pada 14 Ogos ini.

Berita gembira tersebut diumumkan sendiri oleh Aizat pada majlis pelancaran lagu terbaharunya, Hanya Kita Dua sebentar tadi.

“Saya rasa ini masa yang tepat selepas bercinta selama tiga tahun. Saya tidak pernah ada perasaan seperti ini, jadi saya tahu dia orang yang tepat,” ujar Aizat.

Menurut Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan, 33, keserasian dan keyakinan Elyssa terhadapnya telah membuka hatinya untuk melamar wanita itu.

Namun, tiada adegan lamaran sebaliknya persetujuan untuk berkahwin itu berlaku hasil berbincangan bersama.

“Saya tidak yakin dan berasa ragu-ragu pada mulanya tentang perkahwinan. Tetapi dia (Elyssa) yang menyakinkan bahawa saya layak jadi seorang suami.

“Saya yang selama ini agak mementingkan diri dan suka melakukan semua perkara sendiri, telah terbuka hati untuk belajar untuk berkongsi termasuk perkara peribadi sejak mengenalinya,” kata Aizat yang kini sibuk membuat persiapan perkahwinan.

Dalam pada itu, Elyssa mendedahkan pada mulanya dia berasa bimbang akan hubungan bersama Aizat sementelah mereka juga bekerjasama selaku penyanyi dan pengurus.

“Mulanya rasa bimbang bila bercinta dan bekerja serentak. Tetapi Aizat seorang lelaki yang baik dan untuk pertama kalinya saya bebas menjadi diri sendiri serta tidak perlu berpura-pura di depan lelaki,” kata Elyssa.

Sempena dengan hari bahagianya, Aizat mendedikasikan lagu Hanya Kita Dua yang dicipta beberapa tahun lalu khas buat bakal isteri tercinta.

“Lagu Hanya Kita Dua satu keraian sebab itu berentak rancak kerana saya mendapat jodoh yang tepat. Saya mahu berkongsi kegembiraan bersama orang lain,” katanya tentang lagu yang sudah berada di semua platform digital dan lirik videonya akan dilancarkan pada pukul 9 malam ini di saluran YouTube Aizat Amdan.

Terdahulu Elyssa telah dirisik oleh keluarga Aizat pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis ringkas.

Pasangan ini memilih tanggal 14 Ogos untuk majlis pernikahan dan resepsi yang akan berlangsung di A-PARK Puchong, Selangor. 

‘RM100,000 lesap, duit dikeluarkan tanpa nombor TAC/OTP’

Seorang lelaki rugi RM98,900 selepas ditipu panggilan scam (penipuan). 

Menariknya kali ini, lelaki lewat 20-an itu mendakwa wangnya dikeluarkan tanpa menggunakan nombor TAC/OTP.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai F berkata wangnya hilang selepas mendapat panggilan tipu, kononnya daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), polis dan Bank Negara.

Dia berkata ditakut-takutkan oleh penyamar bahawa dia disiasat bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Perkara itu menyebabkan dia mengikuti arahan penipu, antaranya dengan memasasang satu aplikasi telefon pintar dan membuat dua transaksi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM40,000, kononnya untuk tujuan “audit” Bank Negara.

Dua hari selepas itu, RM98,900 pula simpanannya dalam Tabung Haji lesap.

“Saya semak nombor telefon perbankan semua akaun saya dan saya dapati ia sama dengan nombor telefon semasa saya.

“Bagaimanapun sindiket ini buat transaksi tanpa terima nombor TAC/OTP. 

“Saya tidak terima sebarang nombor TAC/OTP ketika wang dipindahkan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya

Dia berkata masih belum mendapat sebarang maklumat berkaitan perkembangan kes dan dimaklumkan bahawa maklumat perpindahan wang itu hanya akan diperoleh daripada bank dalam tempoh sebulan atau dua.

Selasa, 2 Ogos 2022

Adira 'tutup kilang', cukup empat anak


KUALA LUMPUR: Sedang sarat mengandung tujuh bulan, penyanyi Adira Suhaimi mahu 'tutup kilang' selepas memiliki empat cahaya mata. Dijangka melahirkan anak keempat hujung September atau Oktober depan, penyanyi lagu Ombak Rindu dan Takdir Tercipta itu berasakan cukuplah jika dikurniakan dua pasang cahaya mata.

"Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami tak kisah dengan keputusan saya.

"Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin.

"Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab. Apapun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat akan dipermudahkan.

"Sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah...

"Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya," katanya kepada BH Online.

Pendedahan kehamilan itu turut menjawab teka-teki bertebaran, sejak bulan lalu menerusi video dimuat naik yang menampakkan 'baby bump' ketika bersama tiga anaknya. Memilih tidak terlalu aktif, Adira bersyukur, pengalaman hamil kali ini tidak terlalu memenatkan.

"Saya tidak alami alahan. Berilah makan apa sahaja, semuanya saya telan.

"Walaupun berehat dalam arena seni, namun, saya tetap aktif memuat naik pelbagai hantaran dalam Instagram (IG).

"Kali ini, saya aktif dan agak lasak," katanya.

Dalam pada itu, mengulas jantina anak yang bakal dilahirkan, Adira berkata, dia itu belum bersedia mendedahkan.

"Sekarang, saya sudah memiliki dua heroin dan seorang hero. Jika diizinkan, saya inginkan anak lelaki lagi, jadi adalah dua pasang cahaya mata.

"Namun, apapun pemberian Allah, saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada," katanya.

Kehamilan ini juga membuktikan rumah tangga dibinanya bersama Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 masih utuh, biarpun pasangan ini pernah dilaporkan berantakan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Aizat Amdan umum nikah, pilih pengurus sebagai isteri

PETALING JAYA – Selepas tiga tahun menyulam cinta, akhirnya pennyanyi Aizat Amdan bakal mendirikan rumah tangga bersama pengurus...